Selamat berkunjung ke gelangacmizal.blogspot.com ..Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan ...Need Helped,Dont Hesitate To Contact Us ..... Thank You For Viewing ......

Monday, 29 March 2010

GELANG AC DI MARKS & SPENCER LONDON KUALA LUMPUR

GELANG AC DI MARKS & SPENCER LONDON

KUALA LUMPUR – AC Konsortium Sdn Bhd, (AC Konsortium) yang terkenal dengan gelang tangan dan rantai leher bermagnet berjenama AC bakal memasarkan produk keluarannya di gedung terkemuka , Marks & Spencer di London menjelang pertengahan tahun ini.

Pengerusinya AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal bin Dato’ Zaini berkata, usaha memasarkan produk keluaran syarikatnya itu kini berada di peringkat dokumentasi dan tidak dapat mengulas lanjut mengenai jumlah penghantaran awalnya kesana.
“Produk tersebut dijangka dipasarkan di Marks & Spencer di London dalam tempoh 3 bulan lagi dan bermula daripada situ ia akan diedarkan (menerusi cawangan Marks & Spencer) diseluruh dunia” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas majlis menandatangani pakej pelaburan dan kewangan bersama Ikhtiar Destinasi Sdn Bhd (Ikhtiar Destinasi) disini semalam.
Menerusi pakej tersebut, AC Konsortium menerima suntikan pelaburan daripada Ikhtiar Destinasi yang merupakan syarikat penyedia pembiayaan kredit sebanyak RM200 juta untuk mengembangkan perniagaannya bagi rancangan jangka panjang syarikat.
Pemeteraian perjanjian tersebut telah dilakukan antara AC Mizal dengan Pengarah Urusan Kumpulan Ikhtiar, Datuk Zainal Abidin Mohamed Husain.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi Ikhtiar Destinasi, Adimus Putra Mustafa dan isteri AC Mizal, Emylia Rosnaida Abd Hamid.
Selain rantai tangan magnet, AC Konsortium turut memasarkan pemain MP4 dan beg cengkam (Clutch).
Berhubung rancangan peluasan perniagaannya pula, AC Mizal menjelaskan syarikat bakal membuka sebuah bilik pameran dan butik AC Konsortium pertama di Wisma Central di Jalan Ampang pada penghujung bulan ini.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai jumlah pelaburan yang terlibat tetapi membayangkan ia akan membabitkan jumlah peruntukan yang besar.(Sumber:Akhbar Kosmo!)

No comments:

Post a Comment