AC Mizal,artis serba boleh yg telah memenangi pelbagai anugerah seni ini adalah bukan nama asing dalam industri hiburan tanah air.Bermula sebagai seorang penyanyi,beliau telah mengembangkan sayapnya di dalam bidang lakunan,teater,pengacara radio,VJ dan juga hos program-program TV dan majlis-majlis koporat mahupun acara hiburan terkemuka.Disepanjang karier beliau dalam bidang seni,AC Mizal telah menghasilkan 4 buah album bersama 4U2C dan 1 album solo,membintangi 15 filem tempatan,2 pementasan teater serta banyak lagi drama TV,VCD dan iklan.Peranan beliau sebagai inspektor Mazlan dlam siri drama hit Gerak Khas selama 5 tahun telah memenangi hati peminat-peminat beliau di seluruh tanah air.
Artis berjaya yang tidak pernah mengenali erti penat dalam mencari peluang baru ini telah juga menjinakkan diri dalam bidang perniagaan sejak beberapa tahun yang lalu.Sebagai permulaannya,beliau telah menubuhkan syarikat penerbitan filem dan pembuatan barangan lifestyle.Terbaharu sekali AC Mizal telah menubuhkan syarikat pengedaran produk barangan kesihatan berasaskan magnet bersama isteri beliau,artis popular Emylia Rosnaida.
Monday, 29 March 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment