Berikut adalah sebahagian soal jawab bersama JAKIM tentang hukum pemakaian gelang atau rantai bagi orang lelaki islam.
SOAL - rantai atau gelang yang mempunyai khasiat untuk kesihatan@perubatan spt:melancarkan peredaran darah dll,tetapi bentuknya seperti perhiasan wanita,apa hukum memakainya bagi kaum lelaki?
JAWAB - Harus berubat dengan gelang yang terbukti melalui kajian saintifik atau pengakuan individu yang berkelayakan dan boleh dipercayai agamanya (mengenai khasiat magnet pada gelang) Larangan memakai gelang yang dinamakan al-Wahinah di dalam hadith bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Orang-orang yang menggunakan gelang atas sebab-sebab yang dibenarkan hendaklah memerhatikan yang mereka tidak sampai ke tahap yang dilarang seperti style ikut-ikutan tanpa sebab musabab, pembaziran dan menyerupai wanita (perhiasan) dalam penggunaannya
SOAL - Assalamualaikum, Saya ada satu kemusykilan mengenai pemakaian gelang oleh kaum lelaki. Sebenarnya gelang itu digunakan untuk tujuan kesihatan kerana ia diletakkan magnet di bawah gelang tersebut.
JAWAB - Kaum lelaki diharuskan memakai gelang tangan tersebut untuk tujuan kesihatan setelah mendapat pengesahan daripada doktor pakar Islam bahawa jika tidak memakai gelang tersebut boleh membawa kemudaratan, maka harus memakainya.
SOAL - assalamualaikum..sy nak tanya mengenai gelang perubatan yg dikatakn haram bg lelaki memakainya...kalau gelang haram bagaimana pula dgn jam tgn?jam tgn pun lebih kurang mcm gelang gak kan?
JAWAB - Orang-orang yang menggunakan gelang magnet atau jam tangan atas sebab-sebab yang dibenarkan hendaklah memerhatikan yang mereka tidak sampai ke tahap yang dilarang seperti pembaziran dan menyerupai wanita dalam penggunaannya Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat
SOAL - Berkenaan gelang magnet. Saya kurang jelas penjelasan pihak tuan mengenai "telah mendapat nasihat daripada pakar perubatan islam" . Adakah individu yg ingin memakai gelang magnet perlu berjumpa pakar
JAWAB - Syarikat yang mengeluarkan gelang tersebut yang perlu mendapat pengesahan pakar perubatan tentang khasiat gelang magnet tersebut.
SOAL - Saya ada dengar khabar bahawa Majlis Ulama telah mengeluarkan fatwa mengharamkan pemakaian gelang oleh lelaki, tidak kira jenis apapun gelang tersebut termasuk gelang magnet untuk perubatan.
JAWAB - Fatwa kebangsaan belum lagi memutuskan hukum memakai gelang magnet. Tetapi ianya telah diputuskan oleh panel bahawa ianya harus. Untuk makluman saudara setiap hukum akan dibincangkan oleh panel syariah sebelum di bawa dan di putuskan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan.
Anda boleh rujuk di alamat web dibawah untuk melihat soalan dan jawapan yang lain..taip gelang pada ruang search
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf
No comments:
Post a Comment